Thursday, August 28, 2008

Jauh DI DasaR Hati...

Hati Runsing.. sesat dalam dunia aku sendiri.. kesakitan yang xnampak.. tapi luka yang makin dalam.. memakan diri dalam diam.. sekuat aku berusaha.. namun ketenangan masih belum dapat ku gapai.. dalam mencari sebuah kesempurnaan.. di dalam kehidupan yang kudus ini..
Mungkin dosa-dosa semalam masih menghantui kehidupanku.. dosa-dosa semalam? besar sangatkah kesalahanku? dugaan yang maha hebat.. salahkah aku mencari jalan kedamaian? salahkah aku menagih kasih sayang? walaupun sehingga ke saat ini aku masih rasa keseorangan.. ?
Hati ingin berbicara.. ingin meluahkan apa saja yang terbuku di hati ini.. tapi pada siapa.. siapakah yang sudi mendengar tangisanku.. rintihan kesakitanku ini.. kerana sehingga ke saat ini masih tiada lagi insan yang benar-benar memahami diri ini..
Diri ini masih keseorangan.. dalam dunia yang penuh kasih sayang.. kegembiraan yang penuh kepura-puraan.. ada insan yang aku sayangi.. namun aku xmampu berkongsi kesedihan ini.. kenapa? kerana aku khuatir dia xmampu menyelami perasaan ini.. perasaan yang terlalu halus untuk difahami..
Satu masa dulu.. ada teman untuk kedukaan ini.. teman asap yang sedia menyedut kelukaan serta kesakitan hati ini.. namun teman itu telah ku lontar jauh.. tidak ku renung ke arahnya lagi.. telah ku bina hidup baru tanpa asap menemani.. untuk berdikari.. pasrah sendiri.. bolehkah aku bertahan ?????

0 kata hati sahabat:

.