Sebenarnya dalam kemeriahan lagu-lagu raya berkumandang kat radio ni.. jauh kat dalam hati.. aku tak la se-excited mana nak sambut raya.. owh! <-- aku tak maksudkan apa-apa.. cuma setiap kali raya aku akan terkenangkan arwah mak dan babah aku yang telah membesarkan aku dari kecil.. walaupun aku hanya anak angkat.. yang macam aku pernah citer kan dlm post2 aku yang lepas..
Family aku kecik jer.. sedara pun tak da.. sebabnya babah <-- merangkap atok aku hanya ada 2 orang anak iaitu pakcik aku & mak aku.. tapi mak aku biasanya xbalik raya.. jadi umah aku, dari kecik time raya cuma 4 orang je la.. aku, mak, babah & pakcik.. xde sedara-mara.. xde kereta berderet2 kat rumah.. xde dengar gelak ketawa ramai2.. cuma KAMI jer.. duk kat kampung kan.. kdg2 terasa jugak tgk umah owg len meriah la sesgt.. umah aku ada KAMI jer..
Tu la.. aku pon masa tu kecik sgt.. mungkin xpaham apa2 lagi.. sampaila pakcik aku meninggal sebab sakit masa aku darjah 6.. jadi raya KAMI cuma tinggal 3 orang la.. tapi tu tak la menjadi penghalang KAMI sekeluarga menyambut Hari Raya macam family lain.. walaupun cuma KAMI jer.. hinggalah mak aku pula pergi menyahut seruan ILAHI pada tahun 1996 semasa aku di tingkatan 2.. Tinggal la aku dan babah menyambung kehidupan..
Ye la.. KAMI hanya berdua.. Sambutan RAYA kami tetap spesel.. aku time tu dah belajar berdikari.. hari masak babah akan anyam daun ketupat.. dia akan isi beras pulut dlm ketupat.. babah selalu pesan.. 'sukatan beras kena betul' supaya nanti ketupat tak keras atau terlalu lembut.. kami masak rendang dan ketupat sama2.. walaupun KAMI hanya berdua.. walau apa aja yang aku rasa nak makan.. babah akan temankan aku masak.. nak masak laksa ker.. memang seronok time tu.. sampaila babah kerja guard untuk tampung kehidupan KAMI berdua.. masa tu kalo nak raya.. aku akan sediakan la juadah seperti yang di ajar babah.. malam raya aku akan siapkan umah.. siapkan bekas kuih dan sebagainya.. biar bila babah balik kerja pagi raya tu sume dah terhidang.. aku rasa puas bila dapat tgk babah makan ketupat yang aku masak.. walaupun KAMI hanya 2 orang.. itu la saat-saat raya yang paling bahagia yang aku rasa...
Kini dah hampir 3 tahun babah pergi.. bermakna dah 3 tahun aku tak dapat masak ketupat untuk babah lagi..Walaupun kehidupan aku dah melalui fasa perubahan.. aku pun sekarang dah bersuami dan anak.. Hari Raya aku sekarang pun tak sunyi lagi macam dulu.. keluarga mertua aku besar.. memang sambutan raya aku 2-3 tahun ni memang la meriah sangat macam yang aku impi-impikan masa kecil dulu.. tapi di sebalik semua tu.. aku kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam hidup aku.. sesuatu yang tempatnya di dalam hati tak boleh digantikan dengan apa pun..
AL-FATIHAH buat ayahanda tercinta RAMLY BIN ABU, bonda yang disayangi RAJA FATIMAH SYAM BINTI RAJA AHMAD RIDZUAN serta pak cik SABARUDIN BIN RAMLY..
Tuesday, September 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 kata hati sahabat:
Post a Comment