Tuesday, November 4, 2008

Keliru dan Buntu...

Dari sudut kecil aku cuba menilai diri ini..
aku rasa terlalu lemah untuk terus menyusuri hari..
entah lah.. aku sendiri pun tak mengerti..
apa punca kegelisahan ini..
Jika dikenang.. kebahagian ku kini bukan datang dengan senang lenang..
sekuat ku berusaha mencari bahagia..
dengan penuh pengharapan dan pengorbanan..
namun kenapa hati masih belum tenang???
Tak bersyukurkah aku dengan anugerah dari YANG ESA?
tak malukah aku untuk masih meminta
sekuat aku berusaha.. makin kuat sakit ini di rasa..
Aku yang bahagia.. kenapa masih memendam rasa..
kenapa masih menunggu cinta.. kenapa tidak mahu menerima..
dan menghargai semua yang ada..
hati, semakin aku pujuk.. semakin nampak rajuk..
bagai tiada ruang kedua.. buat bersemi sebuah cinta..
tertutupkah rasa ini untuk memberi dan menerima..
kenapa persoalan ini makin kerap menjelma..
aku yang TERamat sayangkan keluarga.. kenapa hati rasa terluka?

Yang ALLAH swt TUHAN yang satu..
Sesungguhnya hanya KAU yang tahu..
betapa hati ini berperang sendiri..
mencari keyakinan & sebuah jatidiri..

catatan : bantulah aku wahai kawan-kawan.. agar hati ini setenang air di kali..

2 kata hati sahabat:

Unknown said...

Kegelisahan hari berpunca dari diri, jangan hanya meminta jika tiada usaha, jangan mengharapkan hasil dari usaha yang tak seberapa, apa yang penting adalah keikhlasan jiwa dalam memberi dan menerima. Selagi ada persoalan mengapa dan kenapa selagi itu keikhlasan diri boleh dipertikaikan. Terimalah semuanya seadanya, kerana apa yang diterima adalah ketentuan dari Nya yang Maha Esa. Ada hikmah yang tersembunyi yang yang tersirat dan tersurat.

.:sanDORA:. said...

tu la.. LOST!! kenapa tetap ada.. tp penyelesaian belum jumpa...

.