22hb Ogos, 2009
Di suatu sudut aku terdampar..
Di bilik dalam sebuah bangunan lebih kurang tahun 1950an..
'Sentimental value' yang menyentuh suasana hening malam..
Terdengar sayup-sayup bunyi titisan air paip..
ada suara rengekan kanak-kanak kecil mampir di hujung corong telinga..
antara dengar dan tidak suara nyanyian lagu dari radio china keluar dari handphone pesakit di sebelah kerusi malasku..
Nun di hadapan anakku tidur dengan tenang..
bermandi cahaya lampu biru..
sesekali kelihatan tapak kakinya terketar-ketar kecil kesejukan..
kehangatan dan kedinginan pastinya silih berganti menyerang urat saraf kecilnya itu..
Aku hanya terduduk.. menyandar letih tapi tenang..
merenung ke hadapan.. ke kiri dan ke kanan..
dengan perut yang penuh berisi bekal nasi dari suamiku petang tadi..
Situasi seperti ini sebenarnya amat bertuah untuk dirasai..
Mungkin ada setengah daripada kalian tidak akan bermimpi pun akan merasai kesusahan seperti ini.. dipenjara dalam kebebasan..
berkorban kerana keterpaksaan..
malangnya.. kenyataan tidak menyebelahi..
tiada katil disediakan.. hanya sebuah kerusi malas terhampar..beserta sebuah kotak kecil bayi dan sebuah lampu biru..
persis pelarian dibumi sendiri.. tidak layakkah kami mendapat sedikit keistimewaan?
Dengan luka torehan di kaki perut yang masih belum kering titisan darah terakhir..
masih membengkak dan terasa bisa besi..
ku gagahi membawa diri..
hilang terus sifat manja yang terselit dalam urat nadi..
dia lebih bermakna dari nyawaku sendiri..
melihat anak kecil itu.. yang mungkin kesakitan..
yang belum mengerti nikmat kehidupan..
Inilah sebuah pengorbanan.. walaupun bukan untuk dihargai..
cukuplah sebuah coretan disemadi...
catatan :IBU sayang anakanda Harris HEYQAL & Harris HAQEEM..
This entry was posted
on Monday, October 12, 2009
at Monday, October 12, 2009
and is filed under
anak emas,
Ceritera,
Harapan,
Ibu,
Kasih-sayang,
Sumbangan
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
"Ini AKU..."
- .:sanDORA:.
- Kita tidak akan jumpa kesempurnaan di dalam kehidupan ini tetapi berusahalah menghargai apa yang ada di sisi kita seadanya sebelum semuanya ditarik balik oleh YANG ESA....