Thursday, November 5, 2009

Cerita aku yang JAHIL...

5 November, 2009

Ini sebenarnya citer sedih..
ofismet aku merangkap adik aku <-- sebab dia junior aku ms skol dulu.. telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini..
puncanya cuma demam dan didiagnosis ada kuman dalam darah..
tapi ntah macam mana effect kat peparu sehingga dimasukkan ke ICU pada hari Jumaat lepas.. aku punyer la susah hati.. bukan aku sorang.. satu ofis terkejut dah sedih..
sebabnya dia amat-amatlah baik hati dan hepi2 jer orangnya..
stat dari Jumaat tu, kami pun berulang la ke hospital..melihat dia yang dikomakan untuk bantuan pernafasan...

Seperti bukan kebiasaan apabila telefon bimbit aku ada jer menemani aku setiap masa menunggu berita gembira.. tak cukup dengan itu, tak putus2 aku berdoa agar dia cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala..

Kerana keadaan yang masih kritikal.. Organisasi PUSPANITA daerah telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin untuknya.. dan malamnya diadakan Solat Hajat & Majlis Bacaan Yasin sekali lagi bagi pihak ibu pejabat di MASJID Batu Gajah.



Korang tau lah.. sebenarnya aku bukan terdedah kepada masjid sangat. Aku tak pernah bersekolah asrama.. pun tak pernah jauh dari keluarga.. Memang dari kecil pun tidak terdidik untuk berjemaah di masjid.. tapi mengenangkan sahabat yang terlantar sakit.. aku gagahkan juga.. aku pasti ramai yang akan membantu kejahilan aku..

Sesampai di sana.. aku orang ofis pertama yang tiba.. tetapi banyak juga makcik2 yang aku rasa mungkin regularly sembahyang di masjid berkenaan. Aku pun bersalam dengan beberapa makcik sambil tersenyum meleret-leret.. tunjuk muka manis.. he33!! lepas tu aku terus ambil air sembahyang.. aku tengok jam dah dekat pukul 7.00 ptg. Bila selesai aku ambil air sembahyang.. aku pun terus masuk saf yang dah sememangnya disediakan.. memang agak ramai makcik2 dan mereka telah mengambil tempat duduk di sejadah masing2..

Sebab aku rasa ada ruang lagi.. Aku dengan konfidennya pun memulakan solat sunat masjid.. sebab dulu aku pernah diberitahu.. bila kita masuk masjid adalah lebih baik kita menunaikan solat sunat masjid.. bila aku nak memulakan solat.. aku cam terperasan makcik2 yang kat sebelah-sebelah aku ni pandang jer kat aku.. time tu.. aku mula gelabah sikit.. aku ni pulak jenis orang yang pantang disergah.. jenis cepat terkejut.. aku mula la serba salah.. aku buat salah ker ? tak per la.. bisik hati aku dan terus tunaikan solat sunat dengan khusyuknya.. sedang aku solat.. tiba-tiba imam laungkan azan.. punya la kuat.. mungkin sebab tak penah dul dlm masjid masa azan.. aku terperanjat sangat.. aku yang tengah semayang nasib baik tak melompat.. aku tak tau ler orang-orang sebelah aku perasan ke tak.. YA ALLAH.. aku rasa muka aku dah tebal empat inci dah.. mesti dah merah menyala.. berterabur bacaan aku.. tp sebab aku masih berdiri tegak.. bila tenang sikit aku teruskan bacaan semayang aku.. tp aku buat cepat2 la.. TUHAN je la yang tau aper yang aku rasa time tu..doa je la semayang aku tu sah..

Tak habis lagi dengan tu.. bila aku dah selesai semayang.. aku tengok semua barisan saf berdiri.. masa tu azan baru selesai dilaungkan.. aduhh!! tepuk dahi aku.. memangla aku jahil betul bab-bab macam ni.. aku tak tau makcik2 tu nak semayang apa.. dalam hati aku takkan sembahyang Maghrib kut.. aku tengok kat depan imam xder pun nak stat semayang lagi.. dah jenis aku.. kalut.. aku pk kat masjid ni semayang tak ikut imam ker ? ait!! dah stat semayang maghrib ka depa nih.. nak ikut depa ker ? aku nak semayang apa ? maghrib ? tak ber imam ker ? sesungguhnya saat itu dalam kepala otak aku macam2 suara ada.. aku ?? rasa nak nangis pun ada.. tengok kat pintu.. tak der lagi owg opis yang sampai.. nak bertanya.. aku segan.. sume dah stat semayang.. lastnya aku duduk garu kepala kat belakang saf.. terketar2 tangan aku carik tepon.. nak tya kawan aku kat mana ? apesai tak sampai2...

alhamdulillah.. baru aku terkial-kial tu, pintu terkuak.. aku tengok ofismet aku Kak Sarina masuk sambil tersenyum... kalo la dia tahu hati aku time tu.. aku rasa nak peluk2 dan cium dia.. leganya cuma TUHAN jer yang tahu.. saat tu jugak imam iqamat.. aku pun terus tarik sejadah aku duk belakang saf pertama berdua dengan sahabat aku tu.. nasib baik saf depan memang dah penuh.. dan baru lah aku konfiden dan se-konfiden2 nyer untuk bersama menjadi ahli bg majlis malam itu..



Selepas solat Maghrib, kami membuat bacaan Yassin beramai2.. Sesudah Isyak, kami di ajar oleh imam muda cara melakukan solat hajat untuk insan yang aku sayangi itu.. Sesungguhnya aku benar2 mengharapkan dia kembali seperti dulu.. aku dah rindukan dia.. aku nak dengar dia ketawa.. aku nak tengok dia ceria macam biasa..

Dan pada jam 9.00 malam, majlis selesai dan aku pun pulang ke rumah membawa 1001 pengalaman baru. Barulah aku sedar, aku orang yang jahil, tapi aku masih diizinkan TUHAN menikmati rahmatnya di bumi ini.. Aku rasa insaf sangat.. Aku mohon petunjuk TUHAN agar aku dikeluarkan dari kegelapan ini.. Sesungguhnya hanya TUHAN yang memahami apa yang aku inginkan.. yang tidak pernah aku keluarkan dari hati ini...

Keesokannya.. aku mendapat berita kawanku yang dikomakan, telah sedar, paru2nya sudah mula berfungsi sendiri.. dan dia sudah boleh bercakap sebutir2.. walaupun masih berkeadaan amat lemah.. Bahagianya aku rasa, dan aku masih mendoakan agar dia terus kuat dan tabah.. biar cepat sembuh seperti sediakala.

Alhamdulillah.. aku amat bersyukur.. kawan2 lihatlah keBesaran ALLAH swt.

2 kata hati sahabat:

acap2405 said...

blog cik puan best..
tapi syangnya kekurangan pengunjung laa..
cik puan taknak carik pegunjung ker..
anyway..
semoga sahabat cik puan sihat seperti sedia kala..

.:sanDORA:. said...

alhamdulillah.. dia dah beransur pulih.. dah keluar hospital hari ni.. wlupun masih lemah... =)

dora kenkadang jer updated kat cni.. bukan tak nak cari pengunjung.. tak per la dapat berkongsi cerita kat cni sesekali pun dah memadai..

.