Wednesday, January 6, 2010

2010..

2010..

new chapter begin in my life...

9hb Januari 2010

Bermulanya perjalanan di tahun yang baru ini..
kesimpulan tahun 2009..
rutin hidup yang memenatkan sehingga aku jadi bosan dengan kehidupan sendiri..
sampai satu tahap aku boleh tanya balik pada diri aku 'kenapa aku kena buat macam ni'
kenapa aku 'keep push' diri aku untuk buat sesuatu yang aku tak mampu..
atau di luar keupayaan aku ?
apa yang ingin aku capai ? pada siapa ingin aku buktikan ?
sedangkan pada masa ini tidak ada siapa yang menghargai aku..
aku jadi letih.. down.. benci.. menyampah dengan semua..
aku tak pernah salahkan sesiapa.. untuk setiap perasaan tak berguna ini..
cuma aku marah pada diri aku sendiri..
kenapa aku kerahkan sepenuh kudrat aku.. tak berhenti.. tak berehat.. tak makan.. tak minum.. smpi terlupa untuk senyum.. dah berdiri tak duduk.. dah duduk tak berdiri.. untuk apa aku buat semua ini ???
adakah SESIAPA yang nampak ??????
sedangkan kesalahan aku yang kecil.. dibesar-besarkan.. kealpaan aku.. orang rungutkan.. sehinggakan aku rasa semua perbuatan aku serba tak kena di mata mereka-mereka.. jadi untuk apa aku memperhambakan diri ???????
aku tak pernah minta dihargai.. aku pun tak minta orang berterima kasih pada aku..
aku cuma minta kehadiran aku disedari.. aku harap sangat ada yang ambil berat tentang diri ini.. mungkin terlalu besar permintaan aku.. atau aku memang tidak layak berada di kalangan mereka..
hati aku menangis.. air mata aku mengalir..
kesakitan yang aku rasai.. mengguris sepenuhnya kenikmatan sebuah kehidupan..
sampai aku rasa kebas.. kosong.. dan akhirnya melalui kehidupan aku seperti sebuah robot yang tidak punya perasaan..
sayangnya.. aku masih cuba memuaskan hati setiap orang..
aku seret semua kedukaan dengan senyuman kepura-puraan..walaupun sesungguhnya hati aku telah hancur.. terluka.. pecah berderai..

tolonglah aku ya ALLAH swt. tariklah kebaikan dari hati aku ini.. kerana kebaikan hati ini sedang menyeksa kehidupan aku.. mengabaikan keluarga yang sepatutnya aku dahulukan.. sesungguhnya aku tidak pernah belajar mengatakan 'TIDAK' pada setiap permintaan mereka.. tidak ada sekudrat pun kekuatan aku untuk berkeras.. menolak.. berdalih.. kerana hati aku ini terlalu lembut.. kerana dia lurus.. terlalu ingin disayangi.. tidak mahu kesunyian lagi..

ya ALLAH swt.. kuatkan lah semangatku dlm menempuh kenyataan.. tabahkanlah hati yang lemah ini.. hanya padaMU aku bermohon YA ALLAH swt.. kerana hanya Kau yang memahami hati ini..

Semoga tahun 2010 membawa sinar baru dalam kehidupan aku.. cukup-cukup lah aku memperhambakan diri.. cukup-cukuplah aku menyeksa diriku sendiri untuk tidak hidup dlm kesunyian.. kerana aku lebih pasti kesunyian dan kesepian hati aku akan lebih membahagiakan aku dari terus cuba memuaskan hati semua orang..

Pesan dr aku untuk aku..:

kalau kerja buatlah mana yang patut.. jgn paksa diri habiskan kerja walaupun dah letih.. dah tak mampu.. ikut ckp boss.. cuba 'work smart'.. jgn ikut sgt prinsip yang aku dh buat untuk disiplin kan diri aku.. sebab prinsip tu sebenarnya membebankan dan menyusahkan diri sendiri..
berpada-pada lah.. berehat ikut waktu.. lebihkan masa untuk suami.. anak-anak kesayangan..

biarlah tahun 2010 dilalui dengan tenang.. dan fikiran yang matang..
bukan muda lagi.. dh dekat 30-an <-- in 21/2 years..

0 kata hati sahabat:

.