Monday, October 27, 2008

CeRIta Satu malam....


Tika ini… sepi menemani..
Bersama bayang-bayang semalam..
Masih mengekori hati..
Seakan ada kekesalan..
Seakan tidak ada pengakhiran..
Mencengkam.. mengheret segala perasaan..
Titis embun menyirami bumi..
Titisan dingin membasahi hati..
Perasaan yang amat kejam..
Merobek sebuah ketenangan..
Hati berbisik sendu.. tiada lagi ruang damai..
Hanya menuntut kesakitan..
Menemani syahdu malam..
Kenapa kepedihan ini perlu datang..
Kenapa luka ini belum hilang..
Kenapa sepi ini di sini..
Seakan tidak pernah mahu melepaskan..
Jiwa ini merintih.. mencari secarik kekuatan..
Runtuhnya kubu hati.. seperti leraian dedaunan..
Dalam kebahagiaan dipersembah.. kepiluan juga masih tabah..
Seperti tiada esok lagi.. buat sebuah senyuman di pipi..

Catatan :
aper kes ntah.. tetiba jer aku moody.. humm.. @tensyen
bila mata aku susah nak tido malam.. cam ni la..

0 kata hati sahabat:

.