Wednesday, October 29, 2008

Kenyataan yang SAKIT!!

Kasih ini.. andai tidak diperlukan..
Kan ku biar pergi..
Sayang ini andai tak dihargai..
Kan ku biar mati..
Rindu ini andai merayu..
Kan ku biar layu..


Kadangkala lebih baik menyendiri dari menyayangi..
Kadangkala lebih baik disakiti dari dicintai..
Cinta tak perlu mekar dalam kepuraan..
Sayang tak perlu hadir tanpa kejujuran..
Hati biar terluka..
Jiwa biar derita..
Perasaan biar merana..
Tiada ehsan aku perlukan..
Tiada belas aku dambakan..
Biarlah hati ini menangis sendiri..
Merawat kelukaan ini

Andai kebahagiaanmu jadi taruhan..
Aku rela melepaskan rasa ini..
Biar keceriaan menjadi milik mutlak dirimu..
Tanpa rasa ragu..


Andai harapanmu kian gemilang..
Aku rela menghilang..
Akan ku lepas dengan tenang..
Tak perlu lagi aku datang..

Keputusan ini bukan untuk aku..
Tapi buat dirimu..
Kerana aku kini pasti..
Hati ini tak mungkin difahami..

0 kata hati sahabat:

.