Friday, March 27, 2009

Nostalgia 4u2c....

27 March, 2009

2.15 petang
waktu itu aku dalam perjalanan kembali ke tempat kerja.
Radio ERA sedang rancak memainkan lagu FIONA daripada kumpulan 4u2c
yang pernah hangat satu ketika dulu..
Tiba-tiba fikiran aku melayang pada cerita lama.. cerita semasa aku berumur 13tahun
dan baru bersekolah di Tingkatan 1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang yang menyimpan seribu satu nostalgia dalam hidupku....
Di sana semua kenangan tentang 4u2c pernah bermula..
Dulu aku adalah salah seorang peminat 4u2c.. sebenarnya peminat siri sitcom 4u2c
yang selalu ditayangkan pada jam 4.30 petang setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat..
Aku tersenyum sendiri mengenangkan kembali telatah aku dan kawan-kawan seangkatan
aku pada waktu itu..
Alangkah bahagianya kami.. jika 4u2c ada 7 orang ahli kumpulan iaitu AC, Azam, Joe, Lanz, Yanz, Rinz dan Adik kami bertujuh juga berkawan amat baik..
Pada masa itu, Ogy akan selalu berkelakuan macam AC, Lydiawati seperti Azam, AG menjadi Joe, Ayu kononnya Lanz, Aku sendiri berlagak seperti Yanz, Nana seperti Rinz dan Aty menjadi adik... kelakar kan !!!!!
Pengaruh TV.. pengaruh muzik.. atau minda yang kebudak-budakkan..
Siap rakam lagi sitcom-sitcom kat TV.. habis tape2 lama kat umah aku dubbing..
lepas tu malam-malam terkinja-kinja ikut rap 4u2c..
Tiap-tiap hujung minggu pulak, kawan-kawan aku akan datang lepak kat bilik aku..
sama-sama tengok citer 4u2c..
entahlah.. aku bukan fanatik sangat pun..
cuma terikut-ikut jer.. tambahan pulak ada kengkawan yang sekepala.. mentelah lagi aku sensorang jer kat umah..
memang time tu aku nikmati sangat hidup dalam erti kata kebudak-budakan.. haha!!
Tapi tiba-tiba aku rasa sedih.. rindu pulak aku masa-masa happy cam tu..
Hilangnya group 4u2c sekarang.. sama jer cam hilangnya kawan-kawan aku dalam hidup aku.. Masing-masing dah membawa haluan hidup sendiri..
Agaknya ingat tak dorang pada kenangan lama ni ???
hum!! apa-apa pun.. kat mana korang berada aku doakan korang tetap bahagia.. k!!


2 kata hati sahabat:

Anonymous said...

Do you still keep the video tapes? hehe...I was crazy over 4U2C back in the days too...i recorded one or two episodes aje!

.:sanDORA:. said...

dah hilang di telan masa.... lagi pun aku dah pindah dari umah lama dulu...

.