Luahan Siri SBDJ 56-71..
imbasan cerita ini baru aku terima daripada seorang sahabat..
Menghayati setiap butir bicara TAMAR JALIS..
Menghitung setiap saat mengembara bersama penghidupannya..
Bersama jalan-jalan ISLAM yang maha benar..
penuh sokongan.. penuh dorongan..
kasih sayang yang melimpah ruah..
Aku jadi cemburu..
Aku merasa dirinya amat bertuah dan amat disayangi..
Sesungguhnya aku hanya mampu bermimpi
untuk memiliki kasih sayang sebegitu..
setiap detik hidupku berdoa agar aku dikurniakan sedikit rasa kebahagiaan daripada perhatian kedua ibu dan ayah..
penghidupan AKU dan dia ibarat langit dan bumi..
umpama pipit dan enggang..
tidak mungkin kan jadi sama.. langsung tidak serupa
betapa aku kagum..
betapa aku amat menghormati..
kisah hidupnya menjadi pendorong aku..
aku cuma mampu menumpang nasihat datuk dan nenek pada TAMAR..
umpama nasihat datuk dan nenek untuk aku..
bersama-sama penceritaan kisah ini..
bersama-sama kisah pengembaraan ini..
aku juga cuba membentuk diri menjadi ISLAM yang lebih baik..
memuji kekuasaan yang ESA..
bersyukur atas segala kurniaan yang ESA..
mengingati ALLAH swt setiap waktu..
Sekiranya ada kisah tentang makhluk di bumi ini selain daripada manusia..
ia terpulang kepada penilaian masing-masing untuk menerimanya..
jangan cepat buruk sangka, jangan tergesa-gesa melatah..
tanya IMAN.. tanya akal.. tanya hati..
yang baik tetap jadikan rujukan.. yang salah jadikan sempadan.
Aku harap orang bijak pandai tidak terus melabelkan buku ini sebagai tahyul,
syirik, merepek...
renungkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis..
kisah ini penuh dengan kisah kemasyarakatan..
semangat melayu lama, petua orang tua2..
pengenalan kepada sejarah-sejarah negara kita..
penuh adab.. penuh gaya ketimuran yang utuh dan kuat..
catatan : ini adalah luahan hati aku mengikut penilaian aku sendiri....
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata hati sahabat:
Post a Comment