Showing posts with label Resepi Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Resepi Keluarga. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Apa Ada Pada Nama............



Bercakap tentang nama.. nama yang didaftarkan sedari azali kelahiran korang.. nama samaran yang boleh dipinda-pinda, nama timang-timangan yang di panggil oleh kengkawan.. sume berkaitan dengan nama.. Apa ada pada nama sebenarnya ??
Nama azali yang didaftarkan untuk aku ialah Sharifah Roziedah.. haha!! ni first time aku keluarkan nama dr dalam lipatan hidup aku kat sini.. buat pengetahuan korang semua.. bila dengar nama Sharifah.. aku heran bila setengah orang mula rasa gah.. rasa takut-takut.. cam la keturunan tu besar sangat.. ntah ler.. pada aku darah still sama merah.. apa nak dibeza-beza.. mentality kebanyakan orang kadang-kadang susah nk diperbaiki..
Pada aku.. hidup sebagai Sharifah berat sangat.. tak pasal2 aku kena tanggung satu keturunan yang tak lah segah mana pun.. hidup sebagai seorang yang datangnya dari broken family.. dengan kurang ajarnyer di sini.. aku boleh cakap.. aku dilahirkan oleh ibu bapa yang tau melahirkan anak jer.. tp hidup mati aku dorang tak peduli.. jadi apa ada pada nama.. apa ada pada keturunan.. yang membahagiakan aku cumalah mak bapak angkat <-- arwah mak dan abah merangkap atuk dan nenek aku sebenarnya.. yang pungut aku dan menjaga aku macam menatang minyak yang penuh... hmm...
Kenapa tiba-tiba hati aku nak bercerita pasal nama nih.. hehe!! ye lah semenjak aku berjumpa dengan kengkawan lama kat fb.. makin kerap dorang panggil aku dengan nick 'pah'.. 'iepah' nick yang dah lama aku tinggalkan.. sama lamanyer bila aku meninggalkan alam persekolahan aku dulu...
Dulu masa kecik-kecik, ikut arwah mak aku yang berketurunan raja.. pergi ke Majlis kenduri kahwin anak saudara dia.. hmm.. korang tau apa yang aku saksikan.. nun di sana.. berkumpulnya golongan kerabat2.. di sini pulak semua pak sayed dan puan Sharifah2.. sekelompok sana.. sekelompok sini.. tidak boleh bersama kah mereka ?? kenapa macam tu yer.. dan banyak lagi cerita2 yang kurang sedap untuk diceritakan mengenai sekumpulan2 orang ini.. biarlah jadi pengalaman aku untuk mengenali asam garam kehidupan ini...
Yang aku tahu pada masa ini.. aku tak pernah lagi kenalkan nama aku dengan nama Sharifah.. semasa aku berkenalan baru.. atau kat mana-mana even.. mayb ada la sekali dua aku bagitau kat orang-orang berkenaan tapi yang pasti ada setengah orang tak pernah tau pun aku ni Sharifah.. let it be like that.. i like.. seriusnyer aku benci dengan nama tu.. kalo lah aku boleh buang dari IC.. ..
Korang tau betapa aku terhukum dengan nama yang tak pernah aku minta ini?? bila aku nakal.. orang pandang serong kat aku.. ada la aku sik dengar orang perli2.. orang yang berketurunan ni selalunyer orang baik2.. sedangkan orang yang cakap-cakap cam tu.. tak pernah pun terniat nak memahami aku..tak pernah tya pun masalah aku.. aku rasa zaman remaja aku tak seindah mana pun.. tp disebabkan nama aku.. apa saja benda kecik yang aku buat.. semua cam kena highlight.. orang cam tunggu jer nk hentam habis-habisan.. dorang pernah terfikir tak.. aku pilih ker kehidupan yang aku lalui ni ??? tu belum lagi cikgu-cikgu yang anti betul dekat aku.. ye lah selalunya cikgu2 bila tau dak tu dtg dr broken family.. nakal sket.. dorang just cop budak jahat jer.. aku pulak.. senakal2 aku.. result aku debum jugak.. jd tak leh nak tolak aku kluar dr kelas teratas..tp memang naya ler.. masa belajar BM.. sume yang buruk2 sume tala kat nama aku.. contoh yang buruk2 tunding jari kat aku.. tak pun siap sound dlm kelas tu.. contohnyer 'Sharifah'..<== relate kepada ayat yang tak pernah elok...mmg aku xde tempat nk bermanja langsung ngan cikgu2 keturunan Melayu.. sama jer smpi aku form 6.. Aku terasa sangat la dgn cikgu2 time tu.. insteed of mengenali aku, dorang lebih suka 'judge book by its cover only...' haha!! ntah betui ke tak peribahasa omputih aku..
Tapi sebenarnya yang aku tak leh lupa.. masa pengetua time tu maki aku.. korang nk aku citer apa masalahnyer.. hmm.. aku tak pernah citer kat siapa2 pun mende nih.. adeh!! syahdu betul bila kena bukak balik cerita yang dah lama aku cuba keluarkan dr memori hidup aku ni.. Masa tu aku form five.. arwah mak dah lama tinggalkan aku.. duk lah aku dgn arwah abah dgn hidup yang penuh kedaifan.. ye lah.. masa tu abah baru jer stat keje jd pengawal keselamatan.. dah tua kan.. mmg aku sekolah.. tp aku rasa abah dah tak tertanggung lagi la duit persekolahan aku time tu.. kengkadang sebulan dia ley bagi RM10 jer.. duit tambang bas hari2 pun tak lepas.. sib baik abang sulung aku yang bayar sume yuran SPM.. kalo tak amik peksa pun tak ler aku kot.. <-- dulu yuran kena bayar lagi.. RM 200 lebih gak rasanyer.. jadi masa dekat2 nak SPM.. lagi 2-3 bulan rasanyer.. aku amik keputusan tak datang sekolah dah.. xper la.. study kat umah jer.. aku pegi PPD.. ye lah.. mana aku tau siapa lagi ley tolong aku time tu.. dikgu2 pandang aku pun idak.. aku pun kalo boleh mmg tak nak menyusahkan orang langsung.. masa aku pegi jumpa pegawai PPD tu.. aku just tanya jer.. buleh tak aku minta cuti dari sekolah.. aku citer la.. aku tak der duit nk sekolah.. nak belanja.. tambang lagi.. tapi pegawai PPD tu nasihatkan aku.. suruh aku sekolah jugak.. jadi soknyer aku pun pegi jer lah sekolah cam biasa.. pagi2 pengetua dah panggil aku.. korang tau tak.. aku masuk2 jer bilik dia.. dia terus2 maki aku.. dah la tak bagi salam.. aku tak ingat la apa yang dia maki aku.. cuma ada ayat yang aku tak boleh nak lupakan sampai hari ni.. dia cakap " nama jer keturunan Sharifah.. tapi perangai macam hantu " korang rasa kenapa pengetua tu marahkan aku sampai macam tu sekali ????? dia marah sebab mesti pegawai PPD tu dah telefon dia.. kalau betul aku susah.. kenapa sekolah tak da ambil tindakan apa2.. jadi kiranya aku dah memburukkan cikgu2 kat sekolah lah ni.. tak jaga kebajikan murid2.. betul tak ?? ntah ler.. dah la tak der cikgu pernah peduli pada aku.. aku nk mintak belajar dari rumah pun kena maki.. apa kena mengena dengan nama aku pulak ???
Selepas dari hari itu.. banyakla bantuan yang aku dapat.. PIBG bagi aku belanja harian.. berapa ringgit ntah.. aku pun dah tak ingat.. lepas tu ada la 2-3 orang cikgu bermurah hati sponsor aku.. yang aku tak boleh lupa.. cikgu Hasnan yang baik hati.. aku nak makan apa jer kat kantin.. dorang bayarkan.. <-- tapi aku ni pemalu.. xdernyer aku p makan kenyang2 pas tu suh cikgu bayar pulak.. de la 2-3 kali jer aku makan free.. hehe!! segan ler.. cikgu kelas aku siap panggil aku face to face tanya masalah aku..setiap hari.. hah!! tp semua dah terlambat ler.. de la sebulan lagi nak exam rasanyerr... result aku ???? pangkat 1.. antara yang terbaik time tu.. haha!!
hati dah terluka.. korang wat baik time tu.. ada aku kesahh ?????
Semua benda yang sebal.. bebal masih terbeban di benak aku.. pernah aku terfikir.. kalau nama aku tak der kaitan dengan Sharifah.. mungkin perjalanan hidup aku tak lah teruk sangat kot.. no point dorang nk highlight kan.. cakap macam orang yang tak bersyukur kan.. bukan tak bersyukur.. just sekadar luahan hati aku.. skarang korang tau lah phrasa-phrasa kesedihan hidup aku..
dan aku tarik hak anak-anak aku untuk bernama Megat.. kejam kah aku ??? Apa ada pada nama.. kan.. bukannyer sebab keturunan buleh pakai kain kapan warna emas pun.. biarlah diorang jadi orang biasa kalau itu buleh membahagiakan anak-anak ku itu nanti.. biar diorang tidak terbeban dengan keturunan yang tidak pernah mereka kenali..

Kesimpulannya : bukan keturunan yang akan dihisab di alam barzakh nanti...

Monday, November 2, 2009

Bekalan...

MELALUI hari-hari bekerja memang amat meletihkan..
mana nak jaga dua anak lagi skarang.. hehe!!
ibu2 di luar sana yang ada pengalaman macam aku mesti faham...
kengkadang balik umah rasa nak baring dan relax2 jer..
tapi boleh ker ?
dengan rumah tak bersapu, kain tak basuh, nak sediakan makan malam lagi..
isy!! beban tu walau macammana kita nak tolak ke tepi still tak dapat dikeluarkan dari dalam pemikiran yang normal..
tambah pulak aku semenjak baru habis berpantang kali kedua nih..
tahap kesedaran tu semakin menebal.. agaknya aku dah semakin dewasa meniti usia..
tak der macam dulu lagi.. aku dah rasa macam satu rumah tu tanggungjawab aku untuk uruskan.. aku pandang suami aku.. aku rasa kesian.. tengok anak2.. rasa kesian..
tapi kenapa aku tak kesiankan diri aku ?
itulah namanya IBU.. he he he ~~~

tak dapat tidak.. makan malam harus disediakan.. biar semua rasa air tangan IBU..
tak per la.. dapat jimatkan duit.. lagi pun memang susah nak keluar makan malam dengan keadaan anak yang masih kecil ni..
Sebenarnya aku pun dapat manfaatnya.. esok nak pegi kerja aku boleh bawa bekalan..
buleh la aku menabung RM5 sehari..
tu pun dah cukup baik dari tak ader... kan..
nak tengok apa bekalan aku untuk hari ini...........



jadiler.. inilah rezeki TUHAN untuk aku hari ini.. apa lagi..
jom kita makan !!!!!!

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Hari Jadi... Sayang!!!


Tak ade kata-kata yang lebih indah untuk menyatakan betapa bahagia nya ibu
menerima kedatangan haqeem dalam hidup ibu...

"Selamat Hari Jadi, Sayang"
"Selamat Ulang Tahun yang ke-2"
Panjang umur anak ibu..
Semoga TUHAN swt murahkan rezekimu, permudahkan perjalanan hidupmu,
Berbahagia.. bergembira...
Jadilah anak yang soleh, berjalanlah di atas landasan yang benar..
Semoga kehidupanmu diberkati selalu....

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku..
Mengerti akan hadirnya cipta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku..
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu…………..
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku..
Mesti waktu akan mampu..
Memanggil seluruh ragaku..
Ku ingin kau tahu..
Ku selalu milikmu..
Yang mencintaimu..
Sepanjang hidupku………………

Klik for DOWNload : Tercipta Untukku.mp3

Saturday, November 8, 2008

PeNERANGan




Hati kenapa susah sangat untuk difahami..
kebahagiaan korang tak de kena mengena dengan aku..
aku just support..
biar bahagia --> that's the way
naper pulak tengok aku cam monster????

yess.. i'm a bit upset..
haku tetiba rasa cam kasih sayang tu tak ade harga..
mudah diucap kat sini.. di beri kat sana..
that's the point --> cubalah untuk setia
bukan pada aku.. aku tak perlukan semua tu..
tapi pada insan yang ingin disayangi..
tanya pada hati sendiri..



i'm nobody.. aku buleh datang dan pergi bila-bila masa..
bila hati pasti kau sudah temui cahaya..
bukan sudah ku katakan padamu satu masa dulu?
aku tak kan berada di sebelahmu sampai bila-bila..

maafkan aku kalau mesej-mesej itu mengganggu kehidupan barumu..
padamkan saja semuanya dari kotak itu..
ia hanya sebuah kata-kata.. sama seperti selalu?
tak percaya lihat semua email-emailmu itu?
adakah ianya berbeza? kenapa ia tiba-tiba jadi isu?

siapa aku? tak perlu dijadikan penghalang..
jangan kau anggap kasih-sayangku ini beban..
jangan salah ertikan sebuah perhatian..
lepaskan saja jika kau rasa tak aman..

catatan: mudahnya sebuah keikhlasan di salah erti..

Monday, October 13, 2008

SeHari Sebelum Rayer!!

Meh nak citerkan tentang Hari Rayer yang xsempat aku storykan lagi.. Raya aku tahun ni.. macam biasa jer.. tapi kan rasanya waktu tu cepat sangat berlalu.. kejap jer.. xmacam rayer tahun dulu2.. agaknya macam tu lah pemikiran orang yang dah meningkat usia cam aku ni.. hak33.. sehari sebelum rayer.. aku dah create tradition family iaitu memasak ketupat & rendang untuk santapan aku dan family aku untuk Hari Raya.. Aku & Family aku je ker<-- leh la kalo nk kasik tetamu.. tp kalo tetamu tu dtg first rayer je la.. sebabnya raya ke-2.. ketupat pun dah habis.. he33.. owh! tradisi mesti dikekalkan.. kan!! kalo tak kita kekalkan tradisi ini siapa lagi.. meh aku titipkan resepi keluarga "ketupat pulut" aku dalam tujuan memperkenalkan tradisi Melayu kepada semua.. resepi ni resepi babah aku.. yang mcm pernah aku storykan dulu..


Rujuk pic. 1 : Rajin-rajinkan la basuh beras pulut malam sebelum hari masak ketupat.. beras yang dibasuh perlu ditos supaya kering dan seroi <-- bahasa mane ntah! kalo xpaham p cari kamus.. Kalau basuh pagi2.. petang baru kering.. nanti sampai ke pagi raya baru masak kan.. kang xdapat nak rehat pulak.


Rujul pic.5 : Ni lah yang paling mencabar sekali.. sebabnyer kalau santannyer lebih.. nanti pulut akan lembik.. jadi cara memasukkan santan kenala slow & steady.. ketupat tu biar hapus tak hapus jer dengan permukaan santan..

Sebenarnyer aku nak tangkap pic. lagi.. tapi bateri handphone dah kong da..
jadi selamat mencuba resipi ini yer..
rendang?? ala masak rendang cam bese la.. senang jer..

.